5 Jenis kategori Lelaki Masa Kini..
1. Heteroseksual
Heteroseksual merupakan kategori lelaki yang mendominasi peratusan lelaki seantero dunia. Lelaki dalam kategori ini mempunyai minat yang normal iaitu pada jantina yang berbeza (wanita). Dari segi penampilan, lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet, hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah. Lelaki heteroseksual juga mengamalkan rutin hidup dengan cara yang betul dengan tidak melakukan hubungan seks songsang.
2. Metroseksual
Lelaki metroseksual merupakan lelaki yang mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Golongan lelaki jenis ini juga menggemari penggayaan fesyen pakaian serta kesihatan diri. Lelaki metroseksual gemar menonjolkan diri melalui pemakaian serta penjagaan tubuh badan. Mereka juga bersifat terbuka jika berbicara mengenai penjagaan diri, fesyen serta penampilan malahan ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan diri agar tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk mendapatkan perkhidmatan di spa. Istilah metroseksual juga turut dikait kan dengan istilah homoseksual yang mempunyai persamaan dari segi penampilan serta sikap ingin menonjolkan diri. Pada masa kini juga, peratusan lelaki metroseksual semakin bertambah kerana mereka sudah mementingkan penjagaan diri serta fesyen. Tapi tidak semua lelaki metroseksual bersifat homoseksual.

3. Uberseksual
Uberseksual adalah kategori lelaki yang mempunyai fi kiran terbuka serta berpandangan jauh. Dari segi fizikal, lelaki uberseksual mempunyai persamaan dengan heteroseksual. Uberseksual lebih mementingkan nilai tujuan serta prinsip dalam melakukan sesuatu. Golongan ini akan meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang berfaedah seperti mengembangkan bisnes dan memantap kan kerjaya berbanding perkara remeh. Lelaki uberseksual juga melayan dan menghormati wanita secara sama rata tetapi menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baiknya. Dari segi fizikal, uberseksual mempunyai naluri serta sifat maskulin yang tinggi. Uberseksual bersifat lebih sensual tidak terlalu obses pada diri sendiri malah ghairah pada perniagaan, politik serta hal ehwal dunia.
4. Biseksual
Lelaki dalam kategori biseksual merupa kan golongan lelaki yang tertarik kepada kaum perempuan dan juga lelaki. Golongan lelaki yang ditegah oleh agama ini kebiasaannya dikaitkan dengan kecelaruan sek sologi kerana cenderung kepada kedua-dua jantina. Kecenderungan sek sual bagi lelaki biseksual adalah berada di antara hetero seksual kepada homoseksual. Ini bermaksud seseorang itu mungkin heteroseksual tetapi mempunyai sedikit perasaan homoseksual atau sebaliknya. Dari segi fi zikal, lelaki biseksual boleh ditemui dalam keadaan ‘lelaki’ atau berperwatakan sedikit lembut. Lelaki biseksual juga mempunyai persamaan dengan metroseksual kerana mementingkan penam pilan diri serta penjagaan kulit.
5. Homoseksual
Biar melakukan dosa besar namun hakikatnya golongan lelaki homoseksual atau golongan pencinta kaum sejenis ini semakin ramai dalam masyarakat hari ini. Berbeza dengan golongan heteroseksual, lelaki homoseksual mudah tertarik kepada kaum Adam dan merasakan diri mereka seolah-olah dibayangi dengan naluri perempuan yang memerlukan lelaki sebagai teman hidup. Fizikal golongan homoseksual terdiri daripada perwatakan lembut dan juga perwatakan seperti lelaki heteroseksual. Tidak semua lelaki berperwatakan lembut bersifat homoseksual kerana selera seks mereka ada yang terarah kepada wanita.
Posted by Syazwan Zaki
mEtRoSekSuaL...
Metroseksual?
Tahukah anda ape maksud metroseksual?
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kaum lelaki sudah mulai berfikir dengan lebih teliti tentang gaya pemakaian, apperance mereka dan juga gaya hidup yang lebih urban dan moden.
Mereka mulai berfikir dan bertindak dan menonjolkan aspek feminin dalam dirinya...
Penampilan atau gaya menjadi satu perkara yang mesti diperhatikan di mana ada sesetengah dari mereka sangup berhabisan wang ringgit demi menjadi "the perfect guy".

Ada sesetengah orang kater yang lelaki metroseksual adalah gay?
well, x sume lelaki metroseksual adalah homoseksual dan x sume lelaki homoseksual adalah lelaki metroseksual.. Metroseksual adalah sebuah gaya hidup yang baru yang lebih memetingkan kepada penjagaan diri dan gaya hidup yang lebih moden dan stylish.
Apa perbezaan antara lelaki Metroseksual dan LElaki normal?
Kebanyakan lelaki metroseksual ini tidak lagi mendapatkan khidmat tukang gunting rambut di tepi2 jalan kerana mereka lebih gemar memilih pereka2 atau stylish2 professional untuk menguruskan rambut mereka.
Jika kaum perempuan begitu teliti dalam pemilihan sabun pencuci muka, golongan metroseksual ini pon sama. Mereka tidak akan sekali2 mencuci muka mereka dengan sabun badan!!!
Metroseksual juga amat mementingkan kesihatan kulit dan sentiasa menjga kecantikan mereka seperti perempuan juga. sometimes mereka more better than the girls...
dan tidak heran jugak lah kalau mereka ini kerap kali mengunjungi spa2 untuk mendapatkan rawatan muka, kuku , rambut dan sebagainya.....
well... kulit yang sihat dan licin adalah impian untuk sume orang kan...???
x kisah la lelaki ke perempuan ker, setiap individu ada impian nakkan muka selicin kulit apple dan sehalus fabrik mahal..

Jadi, kini ramai lelaki yang sudah pun mengorak langkah untuk menjadi seorang yang metrosksual... bukannye ape, sapa yang x nak lawa kan? everybody does...
well... differentnya adalah seserius mana seseorang lelaki ini menjaga dirinya...
ada yang ala2 sahaja dan ada yang menjga dirinya from top to toe..
well, every single thing has the price and apparently not anyone could afford that....
Tak kisah lah, janji mereka sentiasa nampak bergaya dan macho... macho ker??

well, x kisah la kalu nak bergaya asalkan kene pada tmpatnyer dan jgan overbudget okay...
4 men kat luar sana.. cube lah menjadi seorang yang metroseksual semampu mungkin BUT
jangan sampai merosakkan diri kamu sume okay.....
so.. kalo korang tnya Belalang samada bllg nie lelaki metroseksual atau x.. ha3
ntah... yg penting bllg mmg menjaga kebrsihan diri.. bukan ke kebersihan diri tue adalah tntutan agama??? he3
ok.. peace no war!!
Lelaki Metroseksual

Oppssss!! Topik panazzz!! Hahahaha~ =P Tetiba pulak kan entri nak lebih meletup daripada biasa.. Nie kes memang tak ada kerja lar nie.. Google sana sini, otak terlintas pasai LELAKI METROSEKSUAL sebab saya pon metroseksual jugak So terus jari jemari laju mencari info.. Hehehe~ (^_^)v
Ramai yg beranggapan bahawa lelaki metroseksual ini GAY.. Maaf, saya kurang setuju.. Bagi saya, tak semua lelaki metroseksual tergolong dlm kategori tersebut. Disebabkan mereka sangat menjaga penampilan diri seperti wanita, tak semestinya mereka adalah gay.. Don't judge book by it cover, right? Hehehe~ =)
Lelaki Metroseksual selalunya :-
akan berbelanja lebih. Bukan berbelanja lebih utk awekz @ benda-benda tak berfaedah. Tetapi demi gaya & penampilan, for example kecantikan wajah. Ingat wanita sahaja ker perlukan wajah yang segar bugar. No! No! No! No! Bagi lelaki metroseksual yang berduit seperti gunung everest, mereka akan menghabiskan masa di spa/salun kecantikan. Membuat facial sana sini.. Hoho~ Bagi mereka yg kurang fulus seperti saya, selalunya hanya mampu membeli produk penjagaan wajah sahaja *itu pun mahal jugak* Saya guna L'Oreal Paris Men Expert (_ _!!
kemas & bergaya dari segi pakaian.. Kalau nak bersiap keluar, konpem lama. Ye lar, nak padankan baju dgn seluar, make up sana sini *bukan make up mcm wanita* For them, no istilah "hentam saja lar labu".. Saya makan cili, jadi saya terasa pedasnya (_ _!!
menjaga penampilan dari hujung kaki hingga hujung rambut.. Rambut tue penting. Kalau nak gunting rambut tue, kirim salam lar pada kedai mamak tepi-tepi jalan tue. No class! Kalau boleh pergi salun, tak pun paling murah sekali potong RM10++ punya.. Ye lar, baru ada style & terjamin.. Saya selalu pergi gunting rambut di X-CUT, sekali potong RM16 (_ _!!
mempunyai citarasa yg tinggi dlm fesyen & mengikuti perkembangan fesyen terkini.. Mata mereka sgt bagus dlm melihat fesyen. Nampak jer fesyen terkini dlm majalah, mereka akan melihat samada sesuai @ tidak utk mereka. Barang-barang mesti bergaya & sesuai dgn tubuh badan... Saya lebih kpd simple & murah, asalkan smart. But saya memang high taste dlm fesyen (_ _!!
gemar melakukan aktiviti yg tidak menonjolkan maskulinitinya seperti memasak & membeli-belah.. OMG! Ini saya suka jugak, tapi saya tak pandai memasak (_ _!!

Awal Ashaari - sentiasa smart & bergaya
Actually, banyak jer lagi ciri-ciri lelaki metroseksual nie. Kalau korang nak tambah pape, sila lar tinggalkan pendapat anda di ruang komen. Cewahhh!! =P

Metroseksualkah saya?
*nak jugak letak gambar sendiri*
Jadi kpd semua, ingatlah bahawa LELAKI METROSEKSUAL tdk semestinya lelaki lembut, tetapi mereka yg mengutamakan rupa paras fizikal, kecantikan kulit, rupa, gaya rambut, stail pakaian & sebagainya.. Kpd LELAKI METROSEKSUAL di luar sana, jgn malu utk menyatakan anda metroseksual kerana kaum Adam juga mempunyai hak utk menjaga personaliti mereka sendiri tetapi ada batasannya (^_^)v
P/S : saya juga lelaki metroseksual, tetapi belum 100%.. Kadang-kadang jer.. Hahahaha! =)
Sumber
Persoalan ni ramai selalunya lelaki selepas berkahwin kurang menjaga penampilan kerana sikap ego mereka bahawa sudah berkahwin tidak perlu menjaga penampilan.
Tahukah anda kenapa punca kecurangan berlaku?
Anda tahu?.. Anda pikir sendiri :) hehe
Hidup ini hanya sekali :)
Sumber